Tuesday, 26 March 2013

TERMA & SYARAT TEMPAHAN :


Sila baca dengan teliti, fahami dan pastikan anda setuju dengan Terma dan Syarat Tempahan secara online ini.

1.               Sebarang tempahan jahitan adalah muktamad setelah kain langsir anda dipotong @ digunting @ dijahit. Anda tidak boleh lagi menukar pattern langsir @ menukar ukuran lebar @ menukar ukuran labuh langsir serta tidak boleh menamatkan (cancel) tempahan.
2.           Jika tidak mahu meneruskan proses tempahan, kain boleh dipos semula ( jika tidak melanggar syarat 1 di atas ) tetapi anda perlu menanggung kos pos dan pembungkusan tersebut.
3.              Kain akan dijahit setelah pihak kami sah menerima pembayaran deposit 50% dari keseluruhan    kos tempahan jahitan.
4.              Langsir yang telah siap keseluruhannya akan dipos setelah pembayaran penuh ( baki deposit +   kos aksesori ) dilakukan oleh pihak anda dan pihak kami sah menerima pembayaran tersebut.
5.       Yana Décor Curtain tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan @ kerosakan @ keciciran langsir tersebut setelah kualiti langsir terjamin @ selamat @ dipos dan diberikan nombor rujukan ( tracking number ).

Terima kasih kerana mengunjungi kami di Yana Décor Curtain.

No comments:

Post a Comment