Sila baca dengan teliti, fahami dan pastikan anda setuju dengan Terma
dan Syarat Tempahan secara online ini.
1. Sebarang tempahan jahitan adalah muktamad setelah kain
langsir anda dipotong @ digunting @ dijahit. Anda tidak boleh lagi menukar
pattern langsir @ menukar ukuran lebar @ menukar ukuran labuh langsir serta
tidak boleh menamatkan (cancel) tempahan.
2. Jika tidak mahu meneruskan proses tempahan, kain boleh
dipos semula ( jika tidak melanggar syarat 1 di atas ) tetapi anda perlu
menanggung kos pos dan pembungkusan tersebut.
3. Kain akan dijahit setelah pihak kami sah menerima
pembayaran deposit 50% dari keseluruhan kos tempahan jahitan.
4. Langsir yang telah siap keseluruhannya akan dipos
setelah pembayaran penuh ( baki deposit + kos aksesori ) dilakukan oleh pihak
anda dan pihak kami sah menerima pembayaran tersebut.
5. Yana Décor Curtain
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan @ kerosakan @ keciciran
langsir tersebut setelah kualiti langsir terjamin @ selamat @ dipos dan
diberikan nombor rujukan ( tracking number ).